Sabtu, 10 Oktober 2015
8:38 PTG
8:38 PTG
Zara nak kongsikan zara punya simple makeup untuk harian, zara tak suka pakai makeup yang terlalu over zara suka natural look je. First, sebelum keluar pergi mana-mana zara mesti pakai "CETAPHIL - moisturizing cream" calik sikit dekat pipi,dagu,hidung dan dahi dan sapu rata. Moisturising cream sangatlah penting tak kira brand apa pun, girls korang kena pakai sebab moisturizing cream dapat melembapkan muka kita sepanjang hari dan juga dapat melembutkan muka. Bagi zara, CETAPHIL moisturizing ni best sebab kulit muka zara kadang-kadang kering lepas pakai rasa lembab je muka, dan semua tahu yang CETAPHIL punya produk sesuai untuk semua kulit muka termasuk sensitive skin. Zara beli ni dekat Watsons ada 3size yang kecik ,sederhana,dan besar. Zara terus beli yang besar harganya dalam RM57.00, tak pasti tapi lebih kurang harganya macam tu.
Selepas sapu moisturizing zara pakai CC Cream dari Cathy Doll Speed White SPF50+PA++ 50g. Merupakan evolusi terkini yang dapat membuatkan kulit kelihatan berseri sepanjang hari dan dapat menghilangkan kulit kusam. Sangat mudah digunakan dapat menutup kesan cela atau tidak sekata. Jurusolek di korea menggunakan CCcream ini kerana mengandungi kolagen. CC Cream lebih bagus dari BB cream, dan CC Cream lebih ringan berbanding dari BB cream. Zara suka pakai CC Cream dari Cathy Doll ni rasa smooth je muka lepas pakai,tak rasa terlalu berat dan tersangat lah natural bila di sapu pada muka dan CC Cream ni dapat mengawal minyak sepanjang hari dan takkan membuatkan muka rasa berminyak teruk. Yang paling penting mempunnyai SPF 50+ PA +++ yang dapat melindungi daripada matahari dan dapat bertahan lebih dari 12jam. Ada dua warna light beige and green. Zara beli RM28.00 dekat kedai takde rasanya jual, dalam online banyak, boleh dipakai sehingga 24 month. Selepas 24 month tak boleh dipakai kerana dah expired.
Akhir sekali, Zara pakai Cathy Doll Gluta Pact 23 Code (Natural White). Compact powder yang mempunyai
L-Gluthathione dan vitamin C, dapat membantu melicinkan kulit wajah. Ia dipertingkatkan dengan UVA & UVB SPF 59PA+++ yang melindungi dari sinaran matahari. Cara penggunaan dipakai selepas CC Cream ataupun apa-apa jenis foundation. Harganya zara lupa, boleh dipakai sehingga 24 month. Selepas 24 month tak boleh dipakai kerana dah expired.
THANKS FOR READING
Label: Info&Tips.