Rabu, 24 Februari 2016
8:47 PTG
8:47 PTG
Harini Zara "boshangg' sangat, jadi Zara rasa inilah masanya Zara nak kongsikan 1 resepi membuat Aiskrim Coklat yang paling mudah didunia, bahan-bahan yang senang nak dapat. Kalau korang masih malas lagi nak cuba tak tahulah Zara nak cakap apa, tu dah memang tahap malas Nauzubillah min zalik. Hehehe >.<
Bahan-Bahan :
* 1 cawan susu cair
* 1/2 cawan susu pekat
* 1 sudu besar ovelette
* 1 tutup esen vanilla
* 4 serbuk koko
Cara-cara nya ialah :
1 ) Blend dan mix kan susu cair, susu pekat, ovelette dan vanilla esen tu sampai jadi macam krim dalam 20 minit.
2 ) Masukkan serbuk koko didalam mix tadi, dan blend selama 5-10 minit.
3 ) Siap blend, masukan dalam bekas yang di inginkan.
4 ) Tambah bahan jika ada/tabur coklat rice atau apa-apa saja yang anda nak untuk cantikkan lagi.
5 ) Masukkan dalam peti sejuk.
TADAAAAAAA.... DAH SIAP HOMEMADE AISKRIM !
Label: Recipe.