Khamis, 7 Januari 2016
12:41 PG
12:41 PG
Kali ni zara nak review pasal product Clinelle Pure Swiss yang zara selalu pakai setiap hari selepas cuci muka dan sebelum tidur malam. Pure Swiss Thermal Spring Water sejenis semburan yang kaya dengan mineral. Mempunyai selenium yang tinggi dan dapat mengimbangkan PH5.5 kulit anda. Dirumus khas dan dibuat di Perancis, dan sangat sesuai untuk kulit yang sensitif. Malah, Clinelle Pure Swiss kaya dengan 20 jenis mineral semulajadi yang diperlukan oleh kulit anda.
Yang lagi bestnya dalam Clinelle Pure Swiss mengandungi mineral sulfur yang boleh melegakan ketidakselesaan kulit. Dengan sifat regenerasi zink dapat menggalakan pertumbuhan sel-sel dan perbaikan epidermal. Korang bukan boleh spray kat muka je, dekat badan,tangan,kaki,kuku,rambut dan kulit kepala pun boleh spray jugak.
Cara zara pakai, selepas cuci muka pagi dan malam sebelum toner, tutup mata spray kat muka lepastu rasa sejuk je menyerap dalam kulit muka.
Boleh jugak dibuat :
- rawatan wajah topeng (facial mask treatment) yang dapat menganjalkan dan
melindunngi kulit.
- dijadikan set alat solek pakai sebelum toner/foundation/ccCream/bbCream
ataupun sebagainya.
kebaikan Clinelle Pure Swiss ialah :
> melegakan kecacatan pada wajah seperti jerawat atau tona tidak sekata
> mengecilkan liang pori
> mengawal minyak berlebihan
> mengelakkan dari sinaran matahari
> menghalang kelemumur
> menguatkan kuku yang lemah
Dapat juga melegakan :
> kulit kepala yang gatal
> kulit yang terbakar
> gigitan serangga
> tumit kaki pecah
Dapat menyegarkan dan melembapkan muka selepas latihan, dan boleh diguna/spray bila terasa terlalu lama berada di bawah penghawa dingin
Selepas menyembur biarkan sketika beberapa minit kemudian perlahan-lahan gosop lembut pada muka,nak biarkan sampai kering pun takpe. Haaa korang boleh sembur seberapa kerap yang perlu takde effect apa-apa pun.
Mana nak dapatkan ni? Dekat Guardian & Watson ada jual Clinelle Pure Swiss ni, yang botol kecil harganya RM16.00 je , kalau yang besar pulak dalam RM37.00. Boleh lah pergi beli nanti :)
Label: Reviews.