Selasa, 5 Januari 2016
11:57 PTG

                            




Harini nak sambung cerita pasal ruam yang tengah selesa membiak dekat muka zara ni. Dah masuk hari ke-5 ruam dekat muka zara tak hilang lagi. Zara dah stop pakai skincare yang selalu zara guna disebabkan ruam yang tengah membiak ni akan lambat sembuh jikalau zara masih menggunakan pencuci muka yang berbuih dan berbau wangi.Termenung kejap tak tahu nak guna cuci muka jenis apa lepas ni.
Lepas habis termenung kebetulan pulak zara punya kesayangan text ajak keluar beli barang , tunggu apa lagi terus jadi keluar haritu boleh usha-usha cari pencuci muka baru. Mula-mula masuk Guardian cari tapi tak jumpa, lepastu next location masuk lah pulak kedai Watson dengan kesayangan, cari punya cari kehulur hilir zara dah jadi putih mata sebab banyak sangat pilihan, zara suruh kesayangan zara yang carikan pulak hehehe. Lepastu terjumpalah "Cetaphil gentle skin cleanser" lepas baca dia punya direction , ingredients terus nak beli. Sebelum ni zara dah buat research ramai yang cakap "Cetaphil gentle skin cleanser" ni bagus sangat kerana sesuai dengan semua jenis kulit. Kebanyakkan doktor akan syorkan this product pada sesiapa yang mmpunyai masalah jerawat teruk dan juga sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif.


Untuk permulaan zara beli yang kecik je dulu harganya dalam RM20.00, dia ada 3size yang kecik , sderhana dan besar.Lepas sudah selesai beli barang  terus balik rumah cuci muka guna "Cetaphil gentle skin cleanser". First try, memang tak seronok langsung sebabnya cleanser ni takde buih korang sental macam mana pun tak akan keluar buih, dan cleanser ni jugak takde mempunyai apa-apa jenis bau dia hanyalah sejenis cecair.Tapi itulah dia punya kelebihan "Cetaphil gentle skin cleanser" takde mempunyai bahan kimia dan takkan merosakkan/menipiskan kulit muka korang. Dan selamat digunakan oleh semua orang dari usia bayi hinggalah dewasa. Yang boleh zara kongsikan lepas je zara cuci muka kan muka zara rasa lembut dan Alhamdulillah ruam dekat muka zara beransur sembuh sikit demi sikit.Makin hari makin rasa suka pulak guna cleanser ni walaupun ni kali pertama guna pencuci jenis cecair tapi sangat elok untuk muka, dah jadi fav product pulak hahahaha.
           

Label:





cbox
blog archive
My Online Diaries