Selasa, 10 Mei 2016
11:03 PTG
Holaaaaaa.!! Lamanya rasa tak berblog blog Hahaha dah bersarang dah blog ni :'D11:03 PTG
Malam ni rasa rajin nak kongsi cerita pasal Zara join class makeup untuk day look and night look. Dah lama dah duk usha class makeup dalam facebook, instagram and memang banyak yang buat class maleup tapi semuanya mahal dalam RM250 keatas sahaja. Disebabkan bajet Zara tak seberapa nak banyak Zara teruskan usaha mencari class makeup yang cukup-cukup dengan bajet Zara. Haaa ada suatu hari tu Zara tengah syok scrool facebook lepastu ternampak yang kawan Zara ada share tentang kawan dia yang tengah nak buat class makeup yang hanya dikenakan bayaran RM100 sahaja. Fuh, tunggu apa lagi Zara pun terus save number phone dia tu dan terus whatsapp tanya tentang class makeup tu.
*ni gambar lokasi*
*antara alat-alat makup yang telah disediakan*
* brush makeup yang bermacam-macam jenis *
Banyak tips yang Zara dapat bila join class makeup macam ni, antaranya Zara dah tahu macam mana cara yang betul nak blend foundation, macam mana nak pakai eyeshadow untuk day look and night look, cara nak pakai blusher, cara nak shading muka dengan menggunakan shading berbentuk powder, cara nak highlight kan muka bagi nampak shining glowing, and banyak lagi lah.
Korang kalau yang jenis berminat boleh lah try join mana-mana class makeup sebab memang tak rugi pun tau, korang dapat belajar dan korang akan tahu apa yang betul dan apa yang salah bila korang cuba letakkan apa-apa jenis makeup kat muka even benda tu just powder mesti ada teknik yang betul tau!
Zara nak kongsikan antara barang-barang favorite zara:
- Mac foundation code NC25
- Pro Conclear code Classic Ivory
- Odbo highlight
- Mac Setting Powder code Light Plus
- Obuse untuk bentukkan kening
Label: Stories.
Sabtu, 16 April 2016
12:55 PG
12:55 PG

Antara wishlist yang dah tertunai nak ambik lesen tahun ni. Sebenarnya benda ni aku tak plan pun and tiba-tiba terlintas dalam kepala lepastu terus kira jadi (>,<)
Alhamdulillah rezeki pun semakin murah, syukur sangat-sangat rasa dihati.
12/4/2016 Hari pertama masuk kelas memandu selama 6jam. Kena duduk dari pagi sambil lah ke petang dengar orang bagi penerangan pasal Kurikulum Pendidikan memandu.
Aku ambik Kelas D Manual melalui orang tengah. Orang cakap lebih baik ambik Manual daripada Auto. Yelah kan, kalau ambik Manual boleh bawak semua jenis kereta. Tetapi kalau ambik Auto, boleh bawak kereta yang jenis Auto je. Tapi okay je kalau yang jenis kaya raya banyak kereta Auto takde hal lah nak ambik Auto sahaja pun eh.
Kelas selama 6 jam ada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.
Mula-mula duduk belakang sekali lepastu tuan yang nak bagi penerangan tu asingkan tempat duduk lelaki dan perempuan sebelah-sebelah. Aku naik duduk depan sekali dengan harapan tak mengantuk lah duduk depan boleh fokus pada apa yang nak diterangkan nanti.
Tak sampai berapa jam dengar penerangan, aku kat depan ni dah mula rasa ngantuk gile kot. Mana tak mengantuknya, boleh pulak dia tutup lampu bahagian depan dan aku yang duk kat depan ni asyik teringat katil bantal busuk dekat rumah haha :'D
Dah takleh tahan sangat terpaksa main phone curi-curi.
Haaa dah selesai sesi pagi. Lepas rehat masuk balik pukul 2 untuk sesi petang pulak. Yang sesi petang lagi lah terasa ngantuk sebab perut tengah kenyang time tu, lepastu punyalah bosan sampai tak tahu nak buat apa dah. Dari pakai kasut sampai dah tertanggal kasut buat macam duk rumah sendiri pulak. :'D Nasib baik penceramah yang Sesi petang cool sangat, muka je nampak garang dengan misai putih tebal tapi suka buat budak-budak gelak. Belajar pun dalam keadaan happy tak stress bagai, tak terasa masa bergerak dengan pantas. Tuk Tuk dah habis kelas pukul 5 petang.
Sekarang tengah tunggu nak ambik exam komputer pulak, Harap-harap sekali test dah lulus malas nak repeat 2 3 kali. Zaman sekarang dah senang boleh try jawab exam dalam online.
http://www.kpp4u.com/
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. Amin!
YEAYYYYYYYYY!!!!!
Result ujian komputer
Semua dah selesai tunggu nak belajar bawak kereta je. Moga dipermudahkan segala urusan. Amin !

Label: Stories.
Rabu, 20 Januari 2016
8:33 PTG
8:33 PTG

Bila sebut pasal wisdom teeth (gigi bongsu) semua orang akan takut. Orang cakap lebih baik sakit luka ditangan dari menahan sakit gigi bongsu nak tumbuh.
Zara punya pengalaman sakit gigi bongsu nak tumbuh sangat tragis pada mulanya. Akhir tahun 2015 pada awal bulan December gigi bongsu Zara mula tumbuh. Gigi bongsu Zara yang bahagian bawah dah mula keluar dua-dua, yang belah kanan tiada masalah keluar dengan baik dan elok. Haa yang belah kiri ni lah bermasalah gigi bongsu belah kiri tak keluar sepenuhnya lagi, bermaksud separuh gigi berada dalam gusi.
*Gigi bongsu Zara berada pada posisi Partial Eruption*
*gambar dari Google*
Bila separuh gigi berada dalam gusi, gusi akan membengkak berdenyut-denyut sampai otak takleh pikir apa-apa langsung. Punyalah sakit sampai dah nak makan nasi pun dah tak boleh langsung. Gusi yang bengkak dari dalam boleh buatkan muka Zara kembang sebelah *bengkak muka*.
Sebab kan terlalu sakit Zara pergi Klinik berdekatan buat pemeriksaan. Doktor klinik bagitahu gigi bongsu Zara kena cabut, tapi cabut menggunakan proses pembedahan kecil dan memerlukan RM600.
Alamak dengar kos banyak tu makin sakit pulak gigi ni. Doktor bagi ubat Antibiotik dan tahan sakit hanya untuk 2hari sahaja dan Doktor cakap datang hari ketiga nak cabut gigi bongsu.
Zara makan ubat dari Klinik tu langsung tak bagi kesan apa-apa. Nak terus cabut risau risiko tinggi kalau nak cabut gigi yang tengah sakit. Zara pun dah makin tak boleh tahan, Zara ajak umie pergi Klinik Gigi Kerajaan, lepas dah daftar semua Zara masuk jumpa Doktor buat pemeriksaan. Doktor kerajaan bagitahu gigi bongsu tengah sakit disebabkan oleh gusi yang membengkak. Jadi Doktor suruh Zara buat X-ray dulu nak tengok kedudukan gigi bongsu macam mana.
*Hasil X-ray dekat Hospital Kerajaan*
Lepas dah X-ray semua Doktor tanya Zara "Nak cabut ke tak?" Zara ''Ya kan jelah sebab sakit sangat takleh nak fikir benda lain'' Doktor bagitahu lagi "Kat sini kosnya RM50 sahaja tak sampai beratus-ratus pun". Doktor bagi Zara bekalan ubat Antibiotik dengan Tahan Sakit untuk 4minggu. Dan doktor bagi satu kad untuk temujanji nak cabut gigi bongsu pada 18.1.2016.
Ubat yang Doktor kerajaan bagi sangat membantu gusi Zara yang tengah sakit. Semakin hari keadaan gigi semakin membaik dan gusi Zara bransur pulih perlahan-lahan. Zara juga amalkan beberapa perkara nak bagi kurangkan rasa sakit antaranya Zara letak Ice Pack dekat pipi bagi sejuk dan kurang rasa sakit. Zara jugak beli Mouth Wash, selepas makan setiap kali Zara kumur mulut, Zara beli yang untuk gusi dan memang elok sangat guna.
*cara lain yang boleh kurangkan sakit*
Sekarang dah awal bulan Januari 2016, Gigi bongsu Zara langsung dah tak sakit. Temujanji Zara dengan Doktor dalam dua minggu lagi dan Zara terfikir tak jadi pulak nak cabut gigi bongsu disebabkan gigi ni dah tak sakit langsung. Bila tiba hari temujanji, Zara tetap kena pergi dan dalam hati ni dah tetapkan keputusan TAK NAK CABUT. Zara tunggu nombor Zara dipanggil.
Bila masuk dalam bilik operasi bedah tu Zara pergi dekat Doktor dan cakap :
Zara : Doktor, Saya tak jadi nak cabut gigi bongsu sebabnya gigi bongsu saya dah tak sakit langsung dah.
Doktor : Tak apa. Saya nak check dulu gigi awak. Kalau gigi bongsu awak berlubang saya kena cabut, Kalau tak berlubang tak cabut pun takpe.
Lepas dah check semua, Doktor bagitahu yang gigi bongsu Zara tak perlu cabut dan ianya tumbuh dengan elok sekali. Kebetulan pada hari tu, Doktor tu baik sangat, katanya Nurse mood Doktor baik pada hari tu sebab sahur makan burger *zara tak tahu mungkin burger tu fav food Doktor* hehehe.
Doktor siap cucikan Zara punya gigi, Doktor cakap "alang-alang dah datang". Bagi pendapat Zara sesiapa yang tengah sakit gigi bongsu , better terus pergi Klinik Kerajaan je takyah buang duit buang masa pergi Klinik biasa. Mana tahu nasib korang macam Zara sakit pada mulanya tapi bahagia dan puas hati di akhir cerita. Haaa pepandai lah korang fikir ya. Thanks for reading gaisss :)
Label: Stories.
Selasa, 5 Januari 2016
11:57 PTG
11:57 PTG

Harini nak sambung cerita pasal ruam yang tengah selesa membiak dekat muka zara ni. Dah masuk hari ke-5 ruam dekat muka zara tak hilang lagi. Zara dah stop pakai skincare yang selalu zara guna disebabkan ruam yang tengah membiak ni akan lambat sembuh jikalau zara masih menggunakan pencuci muka yang berbuih dan berbau wangi.Termenung kejap tak tahu nak guna cuci muka jenis apa lepas ni.
Lepas habis termenung kebetulan pulak zara punya kesayangan text ajak keluar beli barang , tunggu apa lagi terus jadi keluar haritu boleh usha-usha cari pencuci muka baru. Mula-mula masuk Guardian cari tapi tak jumpa, lepastu next location masuk lah pulak kedai Watson dengan kesayangan, cari punya cari kehulur hilir zara dah jadi putih mata sebab banyak sangat pilihan, zara suruh kesayangan zara yang carikan pulak hehehe. Lepastu terjumpalah "Cetaphil gentle skin cleanser" lepas baca dia punya direction , ingredients terus nak beli. Sebelum ni zara dah buat research ramai yang cakap "Cetaphil gentle skin cleanser" ni bagus sangat kerana sesuai dengan semua jenis kulit. Kebanyakkan doktor akan syorkan this product pada sesiapa yang mmpunyai masalah jerawat teruk dan juga sesiapa yang mempunyai kulit yang sensitif.
Untuk permulaan zara beli yang kecik je dulu harganya dalam RM20.00, dia ada 3size yang kecik , sderhana dan besar.Lepas sudah selesai beli barang terus balik rumah cuci muka guna "Cetaphil gentle skin cleanser". First try, memang tak seronok langsung sebabnya cleanser ni takde buih korang sental macam mana pun tak akan keluar buih, dan cleanser ni jugak takde mempunyai apa-apa jenis bau dia hanyalah sejenis cecair.Tapi itulah dia punya kelebihan "Cetaphil gentle skin cleanser" takde mempunyai bahan kimia dan takkan merosakkan/menipiskan kulit muka korang. Dan selamat digunakan oleh semua orang dari usia bayi hinggalah dewasa. Yang boleh zara kongsikan lepas je zara cuci muka kan muka zara rasa lembut dan Alhamdulillah ruam dekat muka zara beransur sembuh sikit demi sikit.Makin hari makin rasa suka pulak guna cleanser ni walaupun ni kali pertama guna pencuci jenis cecair tapi sangat elok untuk muka, dah jadi fav product pulak hahahaha.
Label: Stories.
Sabtu, 2 Januari 2016
6:44 PTG
6:44 PTG
Baru masuk tahun baru dah macam macam jadi,dah lah akhir tahun 2015 zara ada masalah sakit gigi geraham bongsu sampai berminggu-miggu.Dah selesai pasal skit gigi, Sekarang pulak awal 2016 muka zara tiba-tiba naik ruam gatal.
Tak pasti berpunca dari mana sampaikan muka boleh naik ruam. Sebelum ni langsung tak pernah jadi, pening kepala fikir pasal benda ni. Mula-mula muka zara rasa gatal sikit je dekat kawasan mata, ingatan semut gigit zara garu sampai bengkak sebelah mata. Pastu esokkan pulak terasa gatal dekat hidung dan dagu tapi masa tu belum ada bintik-bintik, takdelah rasa pelik lagi. Sekarang dah masuk hari ketiga muka zara memang dah penuh dengan ruam.Gatal tu takleh nak kata teramat lah terasa gatal sampai kadang-kadang geram je nak garu kuat-kuat tapi sabar jelah takut nanti kalau garu makin teruk pulak.
Nak tidur malam pun tak lena duk asyik gatal je muka ni terasa mengenyammm sangat! Kalau rasa gatal sangat pun zara gosok dengan tisu je dekat muka nak bagi hilang sikit rasa gatal.
Harini zara terasa rajin lah pulak nak buat research pasal Ruam ni, and ada jumpa banyak artikel pasal Ruam. Ruam ni boleh berpunya dari kuman, kebersihan, penggunaan kosmetik, dan Allergy terhadap pemakanan.
Barulah perasan yang dua tiga hari lepas zara banyak makan jem kacang dikapit dengan roti HAHAHAHA mungkin inilah punya nya. Sebab dah lama bertahun tahun tak makan jem kacang , tiba-tiba zara terasa nak makan jem kacang dan boleh dikatakan banyak jugak makan benda tu.
Nak kata punca dari penggunaan kosmetik tak logik sebab apa yang dipakai dah diamalkan dekat setahun takkan tiba-tiba baru naik ruam. Hati berat mengatakan ini berpunca dari jem kacang, redha jelah benda dah makan bukan boleh dimuntah kan balik. Now hanya mampu menunggu ruam ni sembuh dengan sendiri.
Label: Stories.




















Siti Zaharah Bt Razali.