Sabtu, 26 Mac 2016
9:51 PTG
kegagalan dalam percintaan bukan disebabkan kesilapan mana-mana pihak, namun ia dianggap sebagai tiada jodoh dalam perhubungan.





7 nasihat POWER dari Yuna agar anda mudah ‘move on’ selepas putus cinta!


1. Fikir tentang insan lain yang lebih lebih menyayangi anda

“Jika anda mempunyai masalah cinta, fikirkanlah mengenai insan yang sentiasa berada di sisi anda tidak kira apa saja yang berlaku.”

2. Hargai diri sendiri, sayang diri lebih dari orang lain

“Kadang-kala jatuh cinta dan kemudian dilukakan oleh pihak lain adalah salah satu cara untuk kita belajar menghargai diri sendiri.”

3. Apa pun yang terjadi, jaga hati dan perasaan sendiri dahulu

“Seorang sahabat pernah berpesan kepadanya untuk menjaga hati dan perasaan sendiri. Sahabat yang selalu menasihati dan prihatin terhadap diri kita adalah sahabat yang baik.”

4. Terima hakikat bahawa ia adalah takdir

“Apa yang penting selepas putus cinta, terima hakikat supaya anda tidak lagi dibelengu oleh bayang-bayang bekas kekasih. Anggap ianya takdir yang telah ditetapkan.

5. Lakukan aktiviti berfaedah untuk melupakan bekas kekasih

“Penuhilah hati yang kosong itu dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Secara tidak langsung ia akan mengasah bakat terpendam dan  pastinya akan ada seseorang yang layak hadir dalam hidup anda.”

6. Jangan mengikut kata hati, nanti memakan diri

“Jangan terlalu mengikut kata hati sehingga boleh menjurus ke arah kemurungan dan perlakuan yang tidak masuk akal seperti kecenderungan untuk membunuh diri.”

7. Ucapan istimewa dari Yuna untuk anda semua

“YOU ARE SPECIAL. YOU ARE STRONG. YOU ARE BEAUTIFUL. YOU ARE LOVED. DONT LET ANYBODY TELL YOU ANY DIFFERENT.”



THANKS YUNA <3

Label:





cbox
blog archive
My Online Diaries