Khamis, 7 Januari 2016
8:36 PTG

                            



Malam ni terasa nak review pasal cleanser yang zara pakai tiap-tiap hari. Sejak muka naik ruam allergik memang zara dah tak pakai skincare lain, Zara pakai Cetaphill Gentle Skin Cleanser yang zara beli dekat Watsons. Alhamdulillah cleanser ni banyak membantu, ruam dekat muka dah takde muka pun dah okay macam biasa.
  Cetaphill Gentle Skin Cleanser sangat disyorkan oleh Dermatologi,dan Pakar Paediatrik bagi penggunaan setiap hari,dan merawat/membersih kulit yang sensitif.


✔ Boleh di guna pada muka dan badan.
✔ Lembut pada kulit bayi.
✔ Tidak menyekat liang-liang pori.
✔ Mengekalkan kelembapan imbangan PH

Boleh diguna dengan 2 cara :

✔dengan air - Pakai dan gosok lembut pada muka, kemudian bilas.

✔tanpa air    - Pakai dan gosok lembut, kemudian lap lebihan dengan kai/tisu/kapas lembut.






Cetaphill Gentle Skin Cleanser sejenis cecair pekat yang tidak berbuih dan tidak mempunyai pewangi dan sangat bagus untuk diguna setiap hari. Boleh dipakai/cuci muka sekerap yang perlu, tidak mempunyai bahan kimia dan tidak akan menipiskan/memudaratkan kulit muka anda.


Boleh dibeli terus di Guardian ataupun Watsons. Ada 4 size, paling kecil, kecil, sederhana dan besar. Sangat disuorkan bagi sesiapa yang tengah mengalami masalah jerawat atau kulit yang sensitif. Tu je Bye (>.<)





Label:





cbox
blog archive
My Online Diaries