Khamis, 21 Januari 2016
7:28 PTG

                              



Hai gaissss, harini Zara nak review fav lip cream yang Zara suka sangat pakai. Setakat ini, lip cream dari NYX lah yang paling best sekali bagi Zara. Didatangkan dengan pelbagai jenis warna banyak pilihan  dan warna dia sangat cantik bila apply dekat bibir.

                                                            *antara warna yang ada*


Zara paling jatuh hati dengan dua jenis warna. Pertama, Nyx soft matte lip cream in 06 Instanbul dan keduanya Nyx soft matte lip cream in 02 Stockholm.







SMLC 06 INSTANBUL

- A nice earth tone pink shade. Really love this color, warna Instanbul antara warna yang paling laku dan ramai suka warna ni.







SMLC 02 STOCKHOLM

- Warna Stockholm adalah warna kulit dan untuk skintone yang lebih gelap. Zara suka pakai yang ni kalau Zara rasa nak simple je, sangat natural dan cantik.









Zara beli semua ni secara Online, korang pun tahu kan kalau pergi cari kat kedai memang takde stock color yang korang nak. And, korang kena berhati-hati sebab banyak seller yang jual NYX soft matte lip cream yang jenis fake/tiruan. Sangat banyak! Yang original boleh diguna selama 18 bulan dan color dia kekal ada walaupun lepas makan minum, still ada dekat korang punya bibir tak payah pakai dua tiga kali. Harganya berbeza-beza bergantung pada tempat korang beli, yang zara beli ni satu RM60 dua RM120, agak mahal sedikit beli secara online sebab barangnya di import dari U.S.A.
Kalau beli dekat SEPHORA, rasanya tak sampai RM60 tapi tak banyak stock. Tak rugi korang beli, pasti puas hati tauuuuu.!

Label:





cbox
blog archive
My Online Diaries