Rabu, 20 Januari 2016
8:33 PTG
8:33 PTG
Bila sebut pasal wisdom teeth (gigi bongsu) semua orang akan takut. Orang cakap lebih baik sakit luka ditangan dari menahan sakit gigi bongsu nak tumbuh.
Zara punya pengalaman sakit gigi bongsu nak tumbuh sangat tragis pada mulanya. Akhir tahun 2015 pada awal bulan December gigi bongsu Zara mula tumbuh. Gigi bongsu Zara yang bahagian bawah dah mula keluar dua-dua, yang belah kanan tiada masalah keluar dengan baik dan elok. Haa yang belah kiri ni lah bermasalah gigi bongsu belah kiri tak keluar sepenuhnya lagi, bermaksud separuh gigi berada dalam gusi.
*Gigi bongsu Zara berada pada posisi Partial Eruption*
*gambar dari Google*
Bila separuh gigi berada dalam gusi, gusi akan membengkak berdenyut-denyut sampai otak takleh pikir apa-apa langsung. Punyalah sakit sampai dah nak makan nasi pun dah tak boleh langsung. Gusi yang bengkak dari dalam boleh buatkan muka Zara kembang sebelah *bengkak muka*.
Sebab kan terlalu sakit Zara pergi Klinik berdekatan buat pemeriksaan. Doktor klinik bagitahu gigi bongsu Zara kena cabut, tapi cabut menggunakan proses pembedahan kecil dan memerlukan RM600.
Alamak dengar kos banyak tu makin sakit pulak gigi ni. Doktor bagi ubat Antibiotik dan tahan sakit hanya untuk 2hari sahaja dan Doktor cakap datang hari ketiga nak cabut gigi bongsu.
Zara makan ubat dari Klinik tu langsung tak bagi kesan apa-apa. Nak terus cabut risau risiko tinggi kalau nak cabut gigi yang tengah sakit. Zara pun dah makin tak boleh tahan, Zara ajak umie pergi Klinik Gigi Kerajaan, lepas dah daftar semua Zara masuk jumpa Doktor buat pemeriksaan. Doktor kerajaan bagitahu gigi bongsu tengah sakit disebabkan oleh gusi yang membengkak. Jadi Doktor suruh Zara buat X-ray dulu nak tengok kedudukan gigi bongsu macam mana.
*Hasil X-ray dekat Hospital Kerajaan*
Lepas dah X-ray semua Doktor tanya Zara "Nak cabut ke tak?" Zara ''Ya kan jelah sebab sakit sangat takleh nak fikir benda lain'' Doktor bagitahu lagi "Kat sini kosnya RM50 sahaja tak sampai beratus-ratus pun". Doktor bagi Zara bekalan ubat Antibiotik dengan Tahan Sakit untuk 4minggu. Dan doktor bagi satu kad untuk temujanji nak cabut gigi bongsu pada 18.1.2016.
Ubat yang Doktor kerajaan bagi sangat membantu gusi Zara yang tengah sakit. Semakin hari keadaan gigi semakin membaik dan gusi Zara bransur pulih perlahan-lahan. Zara juga amalkan beberapa perkara nak bagi kurangkan rasa sakit antaranya Zara letak Ice Pack dekat pipi bagi sejuk dan kurang rasa sakit. Zara jugak beli Mouth Wash, selepas makan setiap kali Zara kumur mulut, Zara beli yang untuk gusi dan memang elok sangat guna.
*cara lain yang boleh kurangkan sakit*
Sekarang dah awal bulan Januari 2016, Gigi bongsu Zara langsung dah tak sakit. Temujanji Zara dengan Doktor dalam dua minggu lagi dan Zara terfikir tak jadi pulak nak cabut gigi bongsu disebabkan gigi ni dah tak sakit langsung. Bila tiba hari temujanji, Zara tetap kena pergi dan dalam hati ni dah tetapkan keputusan TAK NAK CABUT. Zara tunggu nombor Zara dipanggil.
Bila masuk dalam bilik operasi bedah tu Zara pergi dekat Doktor dan cakap :
Zara : Doktor, Saya tak jadi nak cabut gigi bongsu sebabnya gigi bongsu saya dah tak sakit langsung dah.
Doktor : Tak apa. Saya nak check dulu gigi awak. Kalau gigi bongsu awak berlubang saya kena cabut, Kalau tak berlubang tak cabut pun takpe.
Lepas dah check semua, Doktor bagitahu yang gigi bongsu Zara tak perlu cabut dan ianya tumbuh dengan elok sekali. Kebetulan pada hari tu, Doktor tu baik sangat, katanya Nurse mood Doktor baik pada hari tu sebab sahur makan burger *zara tak tahu mungkin burger tu fav food Doktor* hehehe.
Doktor siap cucikan Zara punya gigi, Doktor cakap "alang-alang dah datang". Bagi pendapat Zara sesiapa yang tengah sakit gigi bongsu , better terus pergi Klinik Kerajaan je takyah buang duit buang masa pergi Klinik biasa. Mana tahu nasib korang macam Zara sakit pada mulanya tapi bahagia dan puas hati di akhir cerita. Haaa pepandai lah korang fikir ya. Thanks for reading gaisss :)
Label: Stories.