Khamis, 7 Januari 2016
9:43 PTG
                                     






Jerawat merupakan masalah kulit yang paling biasa dikalangan anak-anak muda seperti anda. Termasuklah zara, bila hormon tak stabil bercelaru mula lah datang jerawat yang tak diundang nak berkhemah kat muka. Kalau satu takpe ni siap bawak geng ramai-ramai, kadang geram sangat picit jelah, 5minit lepas picit rasa menyesal pulak sebab jerawat yang dipicit akan tinggalkan parut. Hrmm.




NuTeen ni rasanya product jenama baru, Zara bukan nak beli sangat NuTeen (Anti-acne Gel) tapi kakak yang jual tu asyik duk promote suruh zara beli katanya berkesan untuk kecutkan jerawat yang baru naik, membantu keringkan jerawat dengan cepat, dan boleh meringankan parut jerawat.



Zara beli harga dalam belas-belasan camtu rasanya, zara pakai tak lama berapa hari je sempat pakai. Sebab nya lepas pakai jerawat jadi merah, pastu rasa macam takde kesan pun.Mungkin tak serasi dengan skin zara. Korang boleh lah try, mana tahu sesuai dengan skin korang kan kan kan .

Label:





cbox
blog archive
My Online Diaries