Sabtu, 16 April 2016
12:55 PG


Antara wishlist yang dah tertunai nak ambik lesen tahun ni. Sebenarnya benda ni aku tak plan pun and tiba-tiba terlintas dalam kepala lepastu terus kira jadi (>,<)
Alhamdulillah rezeki pun semakin murah, syukur sangat-sangat rasa dihati.
12/4/2016 Hari pertama masuk kelas memandu selama 6jam. Kena duduk dari pagi sambil lah ke petang dengar orang bagi penerangan pasal Kurikulum Pendidikan memandu.





Aku ambik Kelas D Manual melalui orang tengah. Orang cakap lebih baik ambik Manual daripada Auto. Yelah kan, kalau ambik Manual boleh bawak semua jenis kereta. Tetapi kalau ambik Auto, boleh bawak kereta yang jenis Auto je. Tapi okay je kalau yang jenis kaya raya banyak kereta Auto takde hal lah nak ambik Auto sahaja pun eh.

Kelas selama 6 jam ada 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang.



Mula-mula duduk belakang sekali lepastu tuan yang nak bagi penerangan tu asingkan tempat duduk lelaki dan perempuan sebelah-sebelah. Aku naik duduk depan sekali dengan harapan tak mengantuk lah duduk depan boleh fokus pada apa yang nak diterangkan nanti.



Tak sampai berapa jam dengar penerangan, aku kat depan ni dah mula rasa ngantuk gile kot. Mana tak mengantuknya, boleh pulak dia tutup lampu bahagian depan dan aku yang duk kat depan ni asyik teringat katil bantal busuk dekat rumah haha :'D
Dah takleh tahan sangat terpaksa main phone curi-curi.



Haaa dah selesai sesi pagi. Lepas rehat masuk balik pukul 2 untuk sesi petang pulak. Yang sesi petang lagi lah terasa ngantuk sebab perut tengah kenyang time tu, lepastu punyalah bosan sampai tak tahu nak buat apa dah. Dari pakai kasut sampai dah tertanggal kasut buat macam duk rumah sendiri pulak. :'D Nasib baik penceramah yang Sesi petang cool sangat, muka je nampak garang dengan misai putih tebal tapi suka buat budak-budak gelak. Belajar pun dalam keadaan happy tak stress bagai, tak terasa masa bergerak dengan pantas. Tuk Tuk dah habis kelas pukul 5 petang.






Sekarang tengah tunggu nak ambik exam komputer pulak, Harap-harap sekali test dah lulus malas nak repeat 2 3 kali. Zaman sekarang dah senang boleh try jawab exam dalam online.
http://www.kpp4u.com/

 Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. Amin!



YEAYYYYYYYYY!!!!!

                                                             Result ujian komputer




Semua dah selesai tunggu nak belajar bawak kereta je. Moga dipermudahkan segala urusan. Amin !






Label:





cbox
blog archive
My Online Diaries